Ahad, 4 September 2011

Pantun Pengantin Baru..!

Pantun Pengantin Baru


Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata


Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.


Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya

Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Untuk santapan para tetamu
Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami


Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang


Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga


Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan

Sabtu, 3 September 2011

semua ada di sini

http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html

GIVEAWAY by Atiqah Norazli


tarik tutup 5 september 2011


hell0... hari ni mimi nk join GIVE AWAY  from atiqah..
mimi nk join dia sbb hadiah nye lumayan huuuhu..
jom lh join ramai2 nnt mesti best..


CARA-CARA nk join


1. korunk kena lah jadi follower blog tikah ni..
2.Then, korunk kena like page tikah kt SINI
3.Pas uh, korunk wt entry kt post korunk mcm niyh
"GIVEAWAY by Atiqah Norazli"
4. paste banner yg simple kt ats niyh dkt post yg korunk wt uh..
5.paste arn hadiah2 dibwh ni ke dlm post korunk




HADIAH-HADIAH

making-sweetness tempat pertama : topup RM50
making-sweetness tempat kedua : topup RM30
making-sweetness tempat ketiga : topup RM10

6. Then, post arn link korunk dkt komen tikah kt bwh entry niyh..
7.SIAP wt sume yg diatas..maka korunk sah la join GIVEAWAY niyh.

making-sweetnessbg sape2 yg x wt ikot step yg tikah bg kt ats..penyertaan korunk serta merta terbatal..
making-sweetness tarikh tutup adalah 5 sept 2011
(sje lme2 biar rmi yg join)
making-sweetness pemenang dipilih melalui en.random..
making-sweetness hanya 5 pemenang shj dipilih
making-sweetness IMPORTANT sila klik Sini http://haqitaziaf.blogspot.com/2011/08/giveaway-by-atiqah-norazli-update.html

http://haqitaziaf.blogspot.com/2011/08/senarai-peserta-ga-tikah-buat-masa_23.html

--SEKIAN--

o0ppss satu agy..mimi nk minta tolong doakan mimi yerp.. please..



making-sweetness  Peace Yow!

Khamis, 1 September 2011

hrehehe

apahal wall penuh dengan ayat bunga - bunga ni -.-
AHAHAAHAHA

Love u AllS..jgn lupa follow aku taw..

Ayat Bunga2..

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu......

Ayat Bunga2..

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.....^_^

Ayat Bunga2..

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu......